Wednesday, June 16, 2010
Friday, June 11, 2010
analisis keputusan perlawanan hari pertama.
Manakala perlawanan antara Perancis dengan Uruguay pula berkesudahan dengan keputusan 'upset' pasukan 'favourite' ranking ke 9 dunia Perancis hanya mampu seri 0-0 dengan pasukan Uruguay ranking ke 16 dunia.
Mexico dan Perancis dua-dua pasukan berjaya menguasai perlawanan pada separuh masa pertama tetapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila jaringan kemenangan tidak ditemui. Mexico pula bernasib baik kerana berjaya mendapatkan jaringan penyamaan di separuh masa kedua sebelum tamat perlawanan.
Hari kedua pula kita akan menyaksikan perlawanan
Korea Republic vs Greece di Nelson Mandela Stadium
Argentina vs Nigeria di Johannesburg
England vs USA di Rustenburg
Perlawanan tumpuan adalah mengharapkan pasukan Asia diwakili Korea Utara mengalahkan mengalahkan pasukan Eropah Greece. Kekuatan Korea Utara tidak boleh dipandang rendah kerana semangat berjuang dan kerjasama berpasukan dalam pasukan ini amat dihormati.
Peralawanan kedua mengharapkan Argentina menang untuk mencerahkan peluang ke pusingan kedua. Adakah kelincahan Lionel Messi dapat dikekang oleh pihak lawan dan seterusnya membantu pasukan Argentina memenangi perlawanan.
Perlawanan England dan USA pula menentukan kehebatan England di bawah kendalian Fabio Capello. Adakah Rooney kali ini mampu bersinar dan menjadi penjaring terbanyak seperti yang ditunjukkan dalam Liga Perdana England. England Perlu menang ke atas USA kerana di atas kertas England dilihat mampu menang.
Perlawanan pertama, hari pertama
Adakah kita akan menyaksikan permainan samba daripada pasukan Afrika Selatan. Sama-sama kita tungu dan saksikan kerana dua-dua pasukan perlu menang untuk mencerahkan peluang layak ke pusingan kedua. Keputusan seri pula mungkin terjadi kerana Afrika beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri manakala Mexico pula sudah pasti tidak ingin melepaskan peluang keemasan beraksi di Piala Dunia kali ini untuk terus mengecapi kemenangan.
Pemain tumpuan untuk pasukan Afrika Selatan:
Bernard Parker — berfizikal rendah tetapi mempunyai larian yang laju. Parker akan menjadi tunjang utama pasukan Afrika untuk memburu gol setelah penyerang utama mereka Benni McCarthy disahkan tidak dapat akan beraksi pada Piala Dunia kali ini. Sungguhpun baru berusia 24 tahun Parker pemain pasukan FC Twente diramal akan menjadi bintang Afrika Selatan dan pemain berstatus bintang pada masa akan datang.
Pemain tumpuan untuk pasukan Mexico:
Cuauhtemoc Blanco — Sungguhpun sudah berusia 37 tahun, Blanco masih mempunyai kekuatan untuk mengucar-kacirkan pertahanan lawan. Beliau bukan penyerang semulajadi tetapi kekuatan dan sifat agresifnya dikagumi serta mampu menjadikan pertahanan Afrika Selatan lebih berwaspada dan berhati-hati.
Pemain utama dua-dua pasukan
Steven Pienaar vs. Rafael Marquez — Seorang pemain berbakat dalam membantu menghantar bola dan merancana serangan ke pihak lawan dan seorang lagi tunjang utama dalam memastikan pertahanan mereka tidak dibolosi dan dalam masa yang sama memastikan bola terus dikuasai oleh mereka tanpa membenarkan bola melepasi kawasan pertahanan.
Analisis perlawanan lepas;
- Pertemuan lalu: 2
- Mexico: 2 mng 1 klh,
- South Africa: 1 menang, 2 kalah,
- Goals: Mexico 9, South Africa 4
- Last match: Mexico mng South Africa 4-2 pada June 7, 2000 di Dallas, Texas
Undian saya; Seri...0-0....atas kertas Mexico boleh menang kerana pernah mengalahkan Itali tapi nak sokong Afrika la(-_-)
sumber;
Perlawanan yang ditunggu pula adalah perlawanan antara Perancis dan Uruguay. Pemenang perlawanan ini akan terus memberi tekanan pada pemenang perlawanan antara Mexico dan Afrika Selatan. Perancis dibintangi oleh pemain handalan dunia dan mempunyai ramai pemain berbakat tetapi keputusan perlawanan persahabatan dan aksi kelayakan sebelum ini cukup diragui dan tidak diletakkan harapan tinggi untuk memenangi piala Dunia kali ini seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
Pemain tumpuan Perancis sudah semestinya Frank Ribery. Pemain sayap yang lincah dan kreatif. Pemain ini membantu Bayern Munich memenangi 2 piala di Liga Jerman dan membantu pasukannya layak ke peringkat akhir Piala Liga Juara-juara Eropah.
Uruguay pula bergantung pada ketajaman dan ketepatan penyudah penyerang mereka Diego Forlan dan Luis Suarez memburu gol kemenangan ataupun mengikat perlawanan kepada keputusan seri.
Ramalan saya; Perancis masih mampu mencipta kemenangan 1-0.
sumber
Tuesday, June 1, 2010
Barisan 23 Pemain England Piala Dunia 2010
Penjaga gol; David James, Robert Green, Joe Hart,
Pertahanan: Rio Ferdinand, John Terry, Ashley Cole, Glen Johnson, Jamie Carragher, Ledley King, Matthew Upson, Stephen Warnock,
Pemain tengah; Steven Gerrard, Frank Lampard, Aaron Lennon, Gareth Barry, James Milner, Shaun Wright Phillips, Joe Cole, Michael Carrick,
Penyerang: Wayne Rooney, Peter Crouch, Jermain Defoe and finally Emile Heskey.
Jurulatih: Capello, dibantu oleh Italo Galbiati dan Stuart Pearce.
Formasi England..
England kemungkinan besar masih menggunakan 4 pertahanan dan seorang defensive midfield. Tidak mustahil Capello akan menggunakan 3 pertahanan tetapi agak berisiko sekiranya berlawan dengan sistem counter attack.
Capello selalu menggunakan penyerang tunggal sambil dibantu oleh 'supportive striker'. Calon utama untuk penyerang tunggal akan diisi antara Rooney atau Heskey. Jika berpasangan pilihan mungkin dengan Crouch ataupun Defoe. Calon utama sepak penalti berkemungkinan Lampard.
Kekuatan England sudah tentula pada kreativiti di bahagian tengah. Kelemahan England pada pertahanan dan penjaga gawang.
Jika sepakan set piece calon pilihan berkemungkinan Lampard ataupun Gerrard. Carrick atau Barry juga berpengalaman sebagai 'set piece taker'.
Sunday, May 30, 2010
Kejadian menyayat hati Piala Dunia

Pada tahun 1994 satu-satunya pemain Colombia, Andres Escobar yang ditembak mati sebanyak 12 das tembakan setibanya di Colombia. Beliau dibunuh kerana menjaringkan gol sendiri mengakibatkan Colombia ditewaskan oleh pasukan Amerika Syarikat dan terkeluar dari saingan pertama pada temasya piala dunia .
Saturday, May 29, 2010
Bolasepak dan posisi pemain.
Dalam sukan bolasepak, setiap pemain di padang mempunyai peranan masing-masing. Setiap pemain ditugaskan dengan tugasan yang spesifik berdasarkan kedudukan pemain di atas padang. Dalam sebuah pasukan bolasepak ada 11 orang pemain terdiri daripada seorang penjaga gola dan 10 orang pemain yang mengisi posisi seperti pertahanan, pemain tengah dan penyerang. Pemain-pemain ini disusun kedudukan mereka berdasarkan strategi yang direncanakan oleh pengurus. Sebaik sahaja permainan bermula, taktik, strategi dan posisi mungkin berubah mengikut kesesuaian dan keselesaan pemain serta strategi pihak lawan.
Kebanyakkan pemain handalan dunia hanya mempunyai kemahiran dalam posisi yang terhad dan terbatas sehingga penghujung karier mereka. Ini kerana sesebuah posisi memerlukan kemahiran yang khusus dan pemain tersebut hanya selesa dengan peranan posisi yang biasa dimainkan.
tidak ramai pemain yang mampu bermain pelbagai posisi (tidak termasuk penjaga gol) . Pemain yang mampu bermain pelbagai posisi dengan baik ini dipanggil pemain serba boleh. Di dalam dunia realiti, pemain yang mempunyai kemahiran yang pelbagai mampu mengisi kekosongan apa sahaja posisi di padang apabila diperlukan. Antara nama besar yang mempunyai kemahiran dan mampu mengisi kekosongan pelbagai posisi ialah seperti Johan Cruyff.
Penjaga gawang.
Fungsi penjaga gawang ialah bertindak sebagai pertahanan terakhir dan mengawal bola daripada membolosi ke dalam gawang gol. Penjaga gol merupakan satu-satunya pemain yang dibenarkan menyentuh bola dengan tangan dan lengan. Nama-nama seperti Jorge Campos (Mexico),José Luis Chilavert(Paraguay),Rogério Ceni(Brazil) adalah antara nama-nama bukan sahaja mampu bertindak sebagai penjaga gol yang baik tetapi juga pakar dalam sepakan percuma dan penalti.
sumber dan keterangan lanjut disini
Friday, May 28, 2010
Info hangat pasukan underdog
Cuaca merupakan salah satu faktor yang bakal menyumbang kepada pasukan underdog untuk menyinar di Piala Dunia kali ini seperti negara tuan rumah Afrika Selatan dan Ivory Coast.
Cuaca yang kering dan panas memungkinkan pasukan Eropah lain yang selalu beraksi di cuaca sejuk sukar menyesuaikan diri dan memberikan aksi terbaik di kejohanan kali ini.
Info mengenai pasukan Honduras.

Mampukah Honduras memberi saingan dan menyaingi kehebatan pasukan dalam kumpulannya seperti Sepanyol,Chile dan Switzerland? Pasukan Honduras sudah tentu sedar mereka adalah bukan pasukan pilihan tetapi beberapa pemain mereka telah menyatakan keazaman untuk membawa berita kemenangan ke negara mereka.
Antara pasukan yang Honduras telah kalahkan dalam pusingan kelayakan ialah Costa Rica, Mexico, El Salvador dan Trinidad dan Tobago. Tidak mustahil untuk Honduras mengulanginya lagi dan mengalahkan pasukan ternama yang lain dan dibarisi bintang-bintang yang hebat.
Kita juga mungkin akan menyaksikan keputusan 'upset' di mana pasukan ternama kalah kepada pasukan bukan pilihan seperti apa yang pernah berlaku di dalam perlawanan antara Perancis dan Greece. Perancis kalah mengejut kepada Greece yang mempunyai barisan pertahanan yang cukup kuat dan mantap.
Info hangat mengenai pasukan Jepun.
Jepun merupakan salah sebuah pasukan daripada Asia yang berjaya layak ke Piala Dunia. Pasukan daripada Asia yang dilatih oleh Takeshi Okada sentiasa mempunyai semangat juang yang tinggi.Pasukan ini diperkuatkan dengan kehadiran bintang seperti Shunsuke Nakamura dibantu oleh Keisuke Honda bermain untuk CSKA Moscow, Yuji Nakazawa and Marcus Tulio Tanaka, yang bermain di Liga Jepun dan Makoto Hasebe, yang bermain untuk Wolfsburg.
Jika Jepun mengharapkan kepada keajaiban Shunsuke Nakamura seorang bukan sesuatu yang mudah kerana beliau bukan lagi bakat yang muda belia walaupun kehebatannya dalam sepakan percuma tidak dapat dinafikan.
Berada dalam kumpulan bersama pasukan yang cukup dihormati seperti Cameroon, Belanda dan Denmark menjadi satu halangan yang cukup besar buat Jepun untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Peminat bolasepak dunia tidak meletakkan banyak harapan tetapi itu semua tidak mustahil kerana dalam bolasepak apa sahaja boleh berlaku.
Pasukan-pasukan 'underdog' lain yang peminat kurang meletakkan harapan adalah seperti berikut;- Ivory Coast,
- Ghana,
- Nigeria,
- Slovenia
- USA.
- Korea DPR
Sekiranya diberi pilihan pasukan pilihan saya daripada pasukan underdog untuk menjuarai Piala Dunia Kali ini ialah Afrika Selatan ataupun Ivory Coast kerana Ivory Coast ada Didier Drogba:)
Wednesday, May 26, 2010
Info hangat tentang Piala Dunia dan di Afrika Selatan.
1) Pasukan yang pernah memenangi kejohanan PD (piala dunia) FIFA berserta tahunnya.
- Brazil –
1958 ,1962 ,1970 ,1994 and2002 (5 kali) - Germany –
1954 ,1974 and1990 (3 kali) - Italy –
1934 ,1938 ,1982 and2006 (4 kali) - Argentina –
1978 and1986 (2 kali) - Uruguay –
1930 and1950 (2 kali) - England –
1966 (1 kali) - France –
1998 (1 kali)
3) Sejarah mengatakan bola sepak pernah dimainkan di China 200 sebelum masihi melalui tinggalan sejarah seperti lukisan dan catatan.
4)Uruguay menganjurkan PD yang pertama dan menewaskan Argentina di pusingan akhir.
5) PD dianjurkan 4 tahun sekali.
6) Tahun 1840 pelajar Cambridge telah cuba menyeragamkan peraturan permainan dan akhirnya diterima pakai pada 26 oktober 1863. 1891 diperkenalkan penalti, jaring dan pengadil.
7)Trofi PD akan beredar kepada negara-negara yang memenangi piala dunia sehinggalah "plaque" tersebut dipenuhi nama negara yang memenangi kejuaran dan dijangka berakhir pada tahun 2038.
8) Terdapat 32 buah pasukan akan bertanding dan bermain untuk merebut trofi berprestij tersebut. 32 buah pasukan tersebut akan dibahagikan kepada 8 kumpulan. Mata kemenagan adalah 3, seri 1, dan kalah 0. Johan dan naib johan kumpulan akan pergi ke peringkat seterusnya iaitu kalah mati.
9) Perlawanan PD akan dimulakan dengan 3 perlawanan dalam satu hari.
10) Tiada Zidane, Ronaldo, Ronaldinho, Luis Figo? Jangan risau antara bintang yang akan menjadi tumpuan peminat bolasepak di Afrika Selatan; Leo Messi, Cristiano Ronaldo, Wayne Rooney, Kaka, Samuel Eto’o, Didier Drogba, Arjen Robben, Franck Ribery, Xavi Hernandez
11) Perlawanan mesti anda tonton.
Afrika Selatan vs Mexico (June 11th), USA vs England (June 12th), Portugal vs Brazil (June 25th), and apa sahaja melibatkan Argentina, sebab Diego Maradona ialah jurulatih dan Leo Messi adalah pemainnya.
12) Hari ketibaan pasukan kegemaran anda di Afrika Selatan;
May 26: Australia
May 27: Brazil
May 29: Denmark
May 30: Argentina
May 31: USA
June 1: North Korea
June 3: England, Paraguay
June 4: Mexico, Chile
June 5: France, Korea Republic, Uruguay, Nigeria
June 6: Japan, Netherlands, Portugal, New Zealand, Greece, Algeria
June 7: Germany, Ghana, Slovenia
June 8: Serbia
June 9: Cameroon, Italy, Slovakia, Honduras
June 10: Côte d’Ivoire, Switzerland
June 11: Spain.
Sumber; http://www.worldcupblog.org/
http://www.answers.com/topic/world-cup
Logo Piala Dunia dari yang terkini dan yang lama.
South Africa 2010 logo

Germany 2006 logo(Final At Berlin)
Perlawanan kesudahan yang agak membosankan.

Korea Japan 2002 logo

France 1998 logo

USA 1994 logo
Brazil 0-0 Italy (Brazil win 3-2 on penalties)(Brazil dibintangi pemain seperti Romario, Cafu, Roberto Carlos dan Dida. Itali pula terkenal dengan permainan corak bertahan dan serang balas)
untuk keterangan dan maklumat lanjut klik disini...sumber
Tuesday, May 25, 2010
Brazil...pasukan pilihan dan yang terbaik

Pasukan Brazil masih memegang beberapa rekod di kejohanan FIFA piala dunia. Antaranya ialah pasukan;
1. Tidak pernah terlepas peluang menyertai kejohanan Piala Dunia.
2. Memenangi kejohanan 5 kali dan yang terbanyak setakat ini.
3. Paling kerap beraksi di akhir(5 kali).
4. Paling banyak memenangi perlawanan di dalam satu kejohanan.
5. Paling banyak menyumbat gol di satu kejohanan semenjak diperkenalkan.
6. Menang berterusan dalam sesuatu kejohanan Piala Dunia.
Sumber:
Rekod terbaik di Piala Dunia
Gol terpantas pernah dijaringkan di Piala Dunia 2002 dijaringkan oleh Hakan Sukur 11 saat selepas sepak mula menentang pasukan Korea Selatan.
Pele pada usia 17 tahun dari Brazil, pemain termuda pernah beraksi di Piala Dunia bermula 1958 dan beraksi juga di Final serta memegang rekod penjaring termuda. (sumber)
Roger Milla paling berusia pernah menjaring gol di Piala Dunia iaitu pada usia 42 tahun 39 hari mewakili negara Cameroon menentang Rusia.
Untuk melihat reod-rekod lain sila klik disini
Monday, May 24, 2010
Bintang yang terlepas aksi.
Pemain berstatus bintang yang terlepas beraksi di Piala Dunia.
Negaranya tidak layak ke Piala Dunia
Zlatan Ibrahimovic (Sweden not qualified)
Amr Zaki(Mesir)
Obafemi Martins (Nigeria)
Keberangkalian tidak di bawa ke Afrika
Antonio Cassano (Italy)
Raul (Sepanyol)
Ronaldo dan Ronaldinho (Brazil)
Alessandro Del Piero (Itali)
Alessandro Nesta (Itali)
Francisco Toti (Itali)
Siapa bakal Juara Piala Dunia 2010
Terlalu sukar untuk meramalkan siapakah pemenang yang akan memenangi Piala Dunia kali ini. Pasukan favourite seperti Brazil,Jerman, Sepanyol, Italy, dan tidak lupa juga England semuanya pernah menjuarai Piala Dunia.
Argentina bergelut dengan prestasi yang turun naik. Melalui laluan yang sukar dan hampir tidak layak ke Piala Dunia.
Berbeza dengan Sepanyol yang begitu bergaya mencipta kemenangan demi kemenangan dalam perjalanan ke Piala Dunia kali ini. Pasukan favcourite seperti Perancis dan Portugal juga bernasib baik layak untuk kesekian kalinya sekali lagi.
Sepanyol dan Brazil mempunyai begitu ramai pemain berbakat di semua posisi. Begitu juga dengan England dan Perancis tetapi agak sayang bagi England yang kurang menyerlah di bahagian penjaga gawang. Cabaran England tidak boleh dipandang remeh kerana mereka kini dibimbing oleh jurulatih berkaliber iaitu Fabio Capello. Harapan sudah pasti diletakkan pada Wayne Rooney, Steven Gerrad dan Frank Lampard untuk memburu gol kemenangan sambil dibantu oleh rakan2 yang lain.
Pasukan England kali ini bolehlah dianggap Dream Team yang mungkin tidak patut dilepaskan peluang oleh semua pemain England untuk merangkul Piala Dunia kali ini. Namun begitu 90 minit masa permainan harus dimanfaatkan sebaik mungkin dan seboleh-bolehnya jgnlah kita dikecewakan lagi dengan pengakhiran perlawanan dengan sepakan penalti.
Mungkinkah kali ini pasukan favourite memenangi Piala yang paling berprestij iniataupun negara daripada benua Afrika seperti Ivory Coast ataupun tidak mustahil sekiranya pasukan daripada benua Asia seperti Korea Selatan memenangi kejohanan Piala Dunia kali ini?Kini tunggu dan nantikan.
Yang menarik tentang fashion di Piala Dunia.
Percaya atau tidak pakaian rasmi jersi rasmi buatan NIKE dihasilkan daripada botol2 plastik terpakai.Memang menarik....Keterangan lanjut klik di sini... Sumber
'Outfit' paling bergaya untuk penjaga gol Itali...siap ada tali pinggang lagi..semuanya adalah jenama Puma...
Sunday, May 23, 2010
Bola Sepak Piala Dunia 2010.
Bola sepak piala Dunia 2010 yang ke 19 dijadualkan akan berlangsung dari 11 Jun hingga 11 July 2010 di Afrika Selatan. Sukan ini merupakan sukan yang ditunggu oleh setiap orang yang meminati bolasepak tak kira jantina,usia,pangkat dan latar belakang.
Piala Dunia kali ini merupakan piala dunia yang pertama diadakan di benua Afrika.Selepas Afrika Selatan mengalahkan Mesir dan Magribi. Itali adalah Juara Bertahan dan Pusingan akhir dijadualkan akan dilangsungkan di Cape Town.
Jadual Perlawanan Piala Dunia FIFA 2010
Ini adalah jadual perlawanan kumpulan dalam urutan masa. Semua masa adalah dalam rujukan masa tempatan Afrika Selatan.(UTC+2)
Afrika Selatan...Bumi permata bertuah
Seperti korang tahu tuan rumah piala dunia bola sepak tahun ini ialah Afrika Selatan..So, aku cite sikit dulu serba sedikit pasal Afrika Selatan..Aku cite sikit je..untuk lebih detail korang klik je keterangan lanjut di bawah...Semua korang boleh dapat dari Sejarah, budaya,geografi, makanan dan sebagainya...
Jom Layan Dulu....
Bendera Afrika Selatan.Afrika Selatan merupakan negara tertua di benua Afrika. Ramai puak telah menjadi penghuninya termasuklah puak Khoi, Bushmen, Xhosa dan Zulu. Peneroka Belanda telah tiba di sini pada 1652 dan mereka dikenali sebagai Afrikaner. Namun demikian, pihak British juga berminat dengan negara ini, terutamanya selepas penemuan berlian yang banyak. Ini telah mencetus Perang British-Belanda dan dua perang Boer. Pada 1910, empat republik utama telah digabungkan di bawah kesatuan Afrika Selatan. Pada 1931, Afrika Selatan telah menjadi jajahan British sepenuhnya.
Bola sepak...Apa cerita..
Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM.
Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular.
Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain.
Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak hari ini.
Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.
Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya.
keterangan lanjut...













