Semua orang mengatakan tentang bola...Debaran yang ditunggu-tunggu semakin terasa. Tinggal beberapa jam sahaja lagi majlis perlawanan pembukaan di antara Afrika Selatan VS Mexico. Afrika Selatan atau lebih popular dengan gelaran Bafana Bafana dibimbing bekas jurulatih pasukan Brazil Carlos Alberto Parreira sudah pasti telah merangka strategi dan taktik untuk pertemuan dan perlawanan pembukaan pada malam ini.
Adakah kita akan menyaksikan permainan samba daripada pasukan Afrika Selatan. Sama-sama kita tungu dan saksikan kerana dua-dua pasukan perlu menang untuk mencerahkan peluang layak ke pusingan kedua. Keputusan seri pula mungkin terjadi kerana Afrika beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri manakala Mexico pula sudah pasti tidak ingin melepaskan peluang keemasan beraksi di Piala Dunia kali ini untuk terus mengecapi kemenangan.
Pemain tumpuan untuk pasukan Afrika Selatan:
Bernard Parker — berfizikal rendah tetapi mempunyai larian yang laju. Parker akan menjadi tunjang utama pasukan Afrika untuk memburu gol setelah penyerang utama mereka Benni McCarthy disahkan tidak dapat akan beraksi pada Piala Dunia kali ini. Sungguhpun baru berusia 24 tahun Parker pemain pasukan FC Twente diramal akan menjadi bintang Afrika Selatan dan pemain berstatus bintang pada masa akan datang.
Pemain tumpuan untuk pasukan Mexico:
Cuauhtemoc Blanco — Sungguhpun sudah berusia 37 tahun, Blanco masih mempunyai kekuatan untuk mengucar-kacirkan pertahanan lawan. Beliau bukan penyerang semulajadi tetapi kekuatan dan sifat agresifnya dikagumi serta mampu menjadikan pertahanan Afrika Selatan lebih berwaspada dan berhati-hati.
Pemain utama dua-dua pasukan
Steven Pienaar vs. Rafael Marquez — Seorang pemain berbakat dalam membantu menghantar bola dan merancana serangan ke pihak lawan dan seorang lagi tunjang utama dalam memastikan pertahanan mereka tidak dibolosi dan dalam masa yang sama memastikan bola terus dikuasai oleh mereka tanpa membenarkan bola melepasi kawasan pertahanan.
Analisis perlawanan lepas;

- Pertemuan lalu: 2
- Mexico: 2 mng 1 klh,
- South Africa: 1 menang, 2 kalah,
- Goals: Mexico 9, South Africa 4
- Last match: Mexico mng South Africa 4-2 pada June 7, 2000 di Dallas, Texas
Undian saya; Seri...0-0....atas kertas Mexico boleh menang kerana pernah mengalahkan Itali tapi nak sokong Afrika la(-_-)
sumber;
Perlawanan yang ditunggu pula adalah perlawanan antara Perancis dan Uruguay. Pemenang perlawanan ini akan terus memberi tekanan pada pemenang perlawanan antara Mexico dan Afrika Selatan. Perancis dibintangi oleh pemain handalan dunia dan mempunyai ramai pemain berbakat tetapi keputusan perlawanan persahabatan dan aksi kelayakan sebelum ini cukup diragui dan tidak diletakkan harapan tinggi untuk memenangi piala Dunia kali ini seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
Pemain tumpuan Perancis sudah semestinya Frank Ribery. Pemain sayap yang lincah dan kreatif. Pemain ini membantu Bayern Munich memenangi 2 piala di Liga Jerman dan membantu pasukannya layak ke peringkat akhir Piala Liga Juara-juara Eropah.
Uruguay pula bergantung pada ketajaman dan ketepatan penyudah penyerang mereka Diego Forlan dan Luis Suarez memburu gol kemenangan ataupun mengikat perlawanan kepada keputusan seri.
Ramalan saya; Perancis masih mampu mencipta kemenangan 1-0.
sumber

0 comments:
Post a Comment