Friday, June 11, 2010

analisis keputusan perlawanan hari pertama.

Keputusan perlawanan pada hari pertama kejohanan di luar jangkaan. Pasukan ranking ke 18 Mexico hanya mampu seri 1-1 dengan pasukan tuan rumah Afrika Selatan yang berada pada ranking 83.

Manakala perlawanan antara Perancis dengan Uruguay pula berkesudahan dengan keputusan 'upset' pasukan 'favourite' ranking ke 9 dunia Perancis hanya mampu seri 0-0 dengan pasukan Uruguay ranking ke 16 dunia.

Mexico dan Perancis dua-dua pasukan berjaya menguasai perlawanan pada separuh masa pertama tetapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila jaringan kemenangan tidak ditemui. Mexico pula bernasib baik kerana berjaya mendapatkan jaringan penyamaan di separuh masa kedua sebelum tamat perlawanan.

Hari kedua pula kita akan menyaksikan perlawanan

Korea Republic vs Greece di Nelson Mandela Stadium
Argentina vs Nigeria di Johannesburg
England vs USA di Rustenburg

Perlawanan tumpuan adalah mengharapkan pasukan Asia diwakili Korea Utara mengalahkan mengalahkan pasukan Eropah Greece. Kekuatan Korea Utara tidak boleh dipandang rendah kerana semangat berjuang dan kerjasama berpasukan dalam pasukan ini amat dihormati.

Peralawanan kedua mengharapkan Argentina menang untuk mencerahkan peluang ke pusingan kedua. Adakah kelincahan Lionel Messi dapat dikekang oleh pihak lawan dan seterusnya membantu pasukan Argentina memenangi perlawanan.

Perlawanan England dan USA pula menentukan kehebatan England di bawah kendalian Fabio Capello. Adakah Rooney kali ini mampu bersinar dan menjadi penjaring terbanyak seperti yang ditunjukkan dalam Liga Perdana England. England Perlu menang ke atas USA kerana di atas kertas England dilihat mampu menang.

0 comments:

Post a Comment

Lagu rasmi Piala Dunia FIFA 2010