Saturday, May 29, 2010

Bolasepak dan posisi pemain.

Dalam sukan bolasepak, setiap pemain di padang mempunyai peranan masing-masing. Setiap pemain ditugaskan dengan tugasan yang spesifik berdasarkan kedudukan pemain di atas padang. Dalam sebuah pasukan bolasepak ada 11 orang pemain terdiri daripada seorang penjaga gola dan 10 orang pemain yang mengisi posisi seperti pertahanan, pemain tengah dan penyerang. Pemain-pemain ini disusun kedudukan mereka berdasarkan strategi yang direncanakan oleh pengurus. Sebaik sahaja permainan bermula, taktik, strategi dan posisi mungkin berubah mengikut kesesuaian dan keselesaan pemain serta strategi pihak lawan.

Kebanyakkan pemain handalan dunia hanya mempunyai kemahiran dalam posisi yang terhad dan terbatas sehingga penghujung karier mereka. Ini kerana sesebuah posisi memerlukan kemahiran yang khusus dan pemain tersebut hanya selesa dengan peranan posisi yang biasa dimainkan.

tidak ramai pemain yang mampu bermain pelbagai posisi (tidak termasuk penjaga gol) . Pemain yang mampu bermain pelbagai posisi dengan baik ini dipanggil pemain serba boleh. Di dalam dunia realiti, pemain yang mempunyai kemahiran yang pelbagai mampu mengisi kekosongan apa sahaja posisi di padang apabila diperlukan. Antara nama besar yang mempunyai kemahiran dan mampu mengisi kekosongan pelbagai posisi ialah seperti Johan Cruyff.

Penjaga gawang.

Fungsi penjaga gawang ialah bertindak sebagai pertahanan terakhir dan mengawal bola daripada membolosi ke dalam gawang gol. Penjaga gol merupakan satu-satunya pemain yang dibenarkan menyentuh bola dengan tangan dan lengan. Nama-nama seperti Jorge Campos (Mexico),José Luis Chilavert(Paraguay),Rogério Ceni(Brazil) adalah antara nama-nama bukan sahaja mampu bertindak sebagai penjaga gol yang baik tetapi juga pakar dalam sepakan percuma dan penalti.

sumber dan keterangan lanjut disini

Sumber:


0 comments:

Post a Comment

Lagu rasmi Piala Dunia FIFA 2010