Wednesday, June 16, 2010
Friday, June 11, 2010
analisis keputusan perlawanan hari pertama.
Manakala perlawanan antara Perancis dengan Uruguay pula berkesudahan dengan keputusan 'upset' pasukan 'favourite' ranking ke 9 dunia Perancis hanya mampu seri 0-0 dengan pasukan Uruguay ranking ke 16 dunia.
Mexico dan Perancis dua-dua pasukan berjaya menguasai perlawanan pada separuh masa pertama tetapi nasib tidak menyebelahi mereka apabila jaringan kemenangan tidak ditemui. Mexico pula bernasib baik kerana berjaya mendapatkan jaringan penyamaan di separuh masa kedua sebelum tamat perlawanan.
Hari kedua pula kita akan menyaksikan perlawanan
Korea Republic vs Greece di Nelson Mandela Stadium
Argentina vs Nigeria di Johannesburg
England vs USA di Rustenburg
Perlawanan tumpuan adalah mengharapkan pasukan Asia diwakili Korea Utara mengalahkan mengalahkan pasukan Eropah Greece. Kekuatan Korea Utara tidak boleh dipandang rendah kerana semangat berjuang dan kerjasama berpasukan dalam pasukan ini amat dihormati.
Peralawanan kedua mengharapkan Argentina menang untuk mencerahkan peluang ke pusingan kedua. Adakah kelincahan Lionel Messi dapat dikekang oleh pihak lawan dan seterusnya membantu pasukan Argentina memenangi perlawanan.
Perlawanan England dan USA pula menentukan kehebatan England di bawah kendalian Fabio Capello. Adakah Rooney kali ini mampu bersinar dan menjadi penjaring terbanyak seperti yang ditunjukkan dalam Liga Perdana England. England Perlu menang ke atas USA kerana di atas kertas England dilihat mampu menang.
Perlawanan pertama, hari pertama
Adakah kita akan menyaksikan permainan samba daripada pasukan Afrika Selatan. Sama-sama kita tungu dan saksikan kerana dua-dua pasukan perlu menang untuk mencerahkan peluang layak ke pusingan kedua. Keputusan seri pula mungkin terjadi kerana Afrika beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong sendiri manakala Mexico pula sudah pasti tidak ingin melepaskan peluang keemasan beraksi di Piala Dunia kali ini untuk terus mengecapi kemenangan.
Pemain tumpuan untuk pasukan Afrika Selatan:
Bernard Parker — berfizikal rendah tetapi mempunyai larian yang laju. Parker akan menjadi tunjang utama pasukan Afrika untuk memburu gol setelah penyerang utama mereka Benni McCarthy disahkan tidak dapat akan beraksi pada Piala Dunia kali ini. Sungguhpun baru berusia 24 tahun Parker pemain pasukan FC Twente diramal akan menjadi bintang Afrika Selatan dan pemain berstatus bintang pada masa akan datang.
Pemain tumpuan untuk pasukan Mexico:
Cuauhtemoc Blanco — Sungguhpun sudah berusia 37 tahun, Blanco masih mempunyai kekuatan untuk mengucar-kacirkan pertahanan lawan. Beliau bukan penyerang semulajadi tetapi kekuatan dan sifat agresifnya dikagumi serta mampu menjadikan pertahanan Afrika Selatan lebih berwaspada dan berhati-hati.
Pemain utama dua-dua pasukan
Steven Pienaar vs. Rafael Marquez — Seorang pemain berbakat dalam membantu menghantar bola dan merancana serangan ke pihak lawan dan seorang lagi tunjang utama dalam memastikan pertahanan mereka tidak dibolosi dan dalam masa yang sama memastikan bola terus dikuasai oleh mereka tanpa membenarkan bola melepasi kawasan pertahanan.
Analisis perlawanan lepas;
- Pertemuan lalu: 2
- Mexico: 2 mng 1 klh,
- South Africa: 1 menang, 2 kalah,
- Goals: Mexico 9, South Africa 4
- Last match: Mexico mng South Africa 4-2 pada June 7, 2000 di Dallas, Texas
Undian saya; Seri...0-0....atas kertas Mexico boleh menang kerana pernah mengalahkan Itali tapi nak sokong Afrika la(-_-)
sumber;
Perlawanan yang ditunggu pula adalah perlawanan antara Perancis dan Uruguay. Pemenang perlawanan ini akan terus memberi tekanan pada pemenang perlawanan antara Mexico dan Afrika Selatan. Perancis dibintangi oleh pemain handalan dunia dan mempunyai ramai pemain berbakat tetapi keputusan perlawanan persahabatan dan aksi kelayakan sebelum ini cukup diragui dan tidak diletakkan harapan tinggi untuk memenangi piala Dunia kali ini seperti mana yang pernah dilakukan sebelum ini.
Pemain tumpuan Perancis sudah semestinya Frank Ribery. Pemain sayap yang lincah dan kreatif. Pemain ini membantu Bayern Munich memenangi 2 piala di Liga Jerman dan membantu pasukannya layak ke peringkat akhir Piala Liga Juara-juara Eropah.
Uruguay pula bergantung pada ketajaman dan ketepatan penyudah penyerang mereka Diego Forlan dan Luis Suarez memburu gol kemenangan ataupun mengikat perlawanan kepada keputusan seri.
Ramalan saya; Perancis masih mampu mencipta kemenangan 1-0.
sumber
Tuesday, June 1, 2010
Barisan 23 Pemain England Piala Dunia 2010
Penjaga gol; David James, Robert Green, Joe Hart,
Pertahanan: Rio Ferdinand, John Terry, Ashley Cole, Glen Johnson, Jamie Carragher, Ledley King, Matthew Upson, Stephen Warnock,
Pemain tengah; Steven Gerrard, Frank Lampard, Aaron Lennon, Gareth Barry, James Milner, Shaun Wright Phillips, Joe Cole, Michael Carrick,
Penyerang: Wayne Rooney, Peter Crouch, Jermain Defoe and finally Emile Heskey.
Jurulatih: Capello, dibantu oleh Italo Galbiati dan Stuart Pearce.
Formasi England..
England kemungkinan besar masih menggunakan 4 pertahanan dan seorang defensive midfield. Tidak mustahil Capello akan menggunakan 3 pertahanan tetapi agak berisiko sekiranya berlawan dengan sistem counter attack.
Capello selalu menggunakan penyerang tunggal sambil dibantu oleh 'supportive striker'. Calon utama untuk penyerang tunggal akan diisi antara Rooney atau Heskey. Jika berpasangan pilihan mungkin dengan Crouch ataupun Defoe. Calon utama sepak penalti berkemungkinan Lampard.
Kekuatan England sudah tentula pada kreativiti di bahagian tengah. Kelemahan England pada pertahanan dan penjaga gawang.
Jika sepakan set piece calon pilihan berkemungkinan Lampard ataupun Gerrard. Carrick atau Barry juga berpengalaman sebagai 'set piece taker'.
Sunday, May 30, 2010
Kejadian menyayat hati Piala Dunia

Pada tahun 1994 satu-satunya pemain Colombia, Andres Escobar yang ditembak mati sebanyak 12 das tembakan setibanya di Colombia. Beliau dibunuh kerana menjaringkan gol sendiri mengakibatkan Colombia ditewaskan oleh pasukan Amerika Syarikat dan terkeluar dari saingan pertama pada temasya piala dunia .
Saturday, May 29, 2010
Bolasepak dan posisi pemain.
Dalam sukan bolasepak, setiap pemain di padang mempunyai peranan masing-masing. Setiap pemain ditugaskan dengan tugasan yang spesifik berdasarkan kedudukan pemain di atas padang. Dalam sebuah pasukan bolasepak ada 11 orang pemain terdiri daripada seorang penjaga gola dan 10 orang pemain yang mengisi posisi seperti pertahanan, pemain tengah dan penyerang. Pemain-pemain ini disusun kedudukan mereka berdasarkan strategi yang direncanakan oleh pengurus. Sebaik sahaja permainan bermula, taktik, strategi dan posisi mungkin berubah mengikut kesesuaian dan keselesaan pemain serta strategi pihak lawan.
Kebanyakkan pemain handalan dunia hanya mempunyai kemahiran dalam posisi yang terhad dan terbatas sehingga penghujung karier mereka. Ini kerana sesebuah posisi memerlukan kemahiran yang khusus dan pemain tersebut hanya selesa dengan peranan posisi yang biasa dimainkan.
tidak ramai pemain yang mampu bermain pelbagai posisi (tidak termasuk penjaga gol) . Pemain yang mampu bermain pelbagai posisi dengan baik ini dipanggil pemain serba boleh. Di dalam dunia realiti, pemain yang mempunyai kemahiran yang pelbagai mampu mengisi kekosongan apa sahaja posisi di padang apabila diperlukan. Antara nama besar yang mempunyai kemahiran dan mampu mengisi kekosongan pelbagai posisi ialah seperti Johan Cruyff.
Penjaga gawang.
Fungsi penjaga gawang ialah bertindak sebagai pertahanan terakhir dan mengawal bola daripada membolosi ke dalam gawang gol. Penjaga gol merupakan satu-satunya pemain yang dibenarkan menyentuh bola dengan tangan dan lengan. Nama-nama seperti Jorge Campos (Mexico),José Luis Chilavert(Paraguay),Rogério Ceni(Brazil) adalah antara nama-nama bukan sahaja mampu bertindak sebagai penjaga gol yang baik tetapi juga pakar dalam sepakan percuma dan penalti.
sumber dan keterangan lanjut disini
Friday, May 28, 2010
Info hangat pasukan underdog
Cuaca merupakan salah satu faktor yang bakal menyumbang kepada pasukan underdog untuk menyinar di Piala Dunia kali ini seperti negara tuan rumah Afrika Selatan dan Ivory Coast.
Cuaca yang kering dan panas memungkinkan pasukan Eropah lain yang selalu beraksi di cuaca sejuk sukar menyesuaikan diri dan memberikan aksi terbaik di kejohanan kali ini.
Info mengenai pasukan Honduras.

Mampukah Honduras memberi saingan dan menyaingi kehebatan pasukan dalam kumpulannya seperti Sepanyol,Chile dan Switzerland? Pasukan Honduras sudah tentu sedar mereka adalah bukan pasukan pilihan tetapi beberapa pemain mereka telah menyatakan keazaman untuk membawa berita kemenangan ke negara mereka.
Antara pasukan yang Honduras telah kalahkan dalam pusingan kelayakan ialah Costa Rica, Mexico, El Salvador dan Trinidad dan Tobago. Tidak mustahil untuk Honduras mengulanginya lagi dan mengalahkan pasukan ternama yang lain dan dibarisi bintang-bintang yang hebat.
Kita juga mungkin akan menyaksikan keputusan 'upset' di mana pasukan ternama kalah kepada pasukan bukan pilihan seperti apa yang pernah berlaku di dalam perlawanan antara Perancis dan Greece. Perancis kalah mengejut kepada Greece yang mempunyai barisan pertahanan yang cukup kuat dan mantap.
Info hangat mengenai pasukan Jepun.
Jepun merupakan salah sebuah pasukan daripada Asia yang berjaya layak ke Piala Dunia. Pasukan daripada Asia yang dilatih oleh Takeshi Okada sentiasa mempunyai semangat juang yang tinggi.Pasukan ini diperkuatkan dengan kehadiran bintang seperti Shunsuke Nakamura dibantu oleh Keisuke Honda bermain untuk CSKA Moscow, Yuji Nakazawa and Marcus Tulio Tanaka, yang bermain di Liga Jepun dan Makoto Hasebe, yang bermain untuk Wolfsburg.
Jika Jepun mengharapkan kepada keajaiban Shunsuke Nakamura seorang bukan sesuatu yang mudah kerana beliau bukan lagi bakat yang muda belia walaupun kehebatannya dalam sepakan percuma tidak dapat dinafikan.
Berada dalam kumpulan bersama pasukan yang cukup dihormati seperti Cameroon, Belanda dan Denmark menjadi satu halangan yang cukup besar buat Jepun untuk melangkah ke peringkat seterusnya. Peminat bolasepak dunia tidak meletakkan banyak harapan tetapi itu semua tidak mustahil kerana dalam bolasepak apa sahaja boleh berlaku.
Pasukan-pasukan 'underdog' lain yang peminat kurang meletakkan harapan adalah seperti berikut;- Ivory Coast,
- Ghana,
- Nigeria,
- Slovenia
- USA.
- Korea DPR
Sekiranya diberi pilihan pasukan pilihan saya daripada pasukan underdog untuk menjuarai Piala Dunia Kali ini ialah Afrika Selatan ataupun Ivory Coast kerana Ivory Coast ada Didier Drogba:)





